17 February 2009

Reaching For The Stars (by Sheikh Mustapha Shukor Al-Masrie)



















” Kamulah peminatku yang nombor 1, kamu sentiasa percaya pada kebolehanku, perjalananku ke angkasa satu penghormatan buatmu, Ajil.”

Dr Sheikh Muszaphar Shukor
First Malaysian Angkasawan

Isi kandungan buku ini cukup sarat dengan nilai-nilai kasih sayang antara adik beradik, keakraban antara allahyarham Ajil dengan Dr Mus (Amus) sememangnya sangat terserlah. Pemergian Ajil ke rahmatullah seakan telah ditakdirkan dan dirancang oleh Allah S.W.T. Tatkala seluruh rakyat Malaysia bergembira dengan kejayaan Dr Mus sampai ke ISS, keluarga Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor dan Datin Zuraidah Sheikh Ahmad telah sekali lagi diuji dengan kematian anak mereka.
Betapa hubungan erat antara adik beradik serta dorongan yang tidak berbelah bahagi daripada ahli keluarga merupakan kunci kejayaan seseorang individu. Sesungguhnya kejayaan seseorang itu bermula daripada rumah.
Buku ini boleh dijadikan inspirasi kepada mereka yang inginkan berjaya dalam meneruskan cita-cita yang diimpikan. Janganlah berputus asa dengan cabaran yang mendatang. Sekiranya anda rasa anda boleh lakukan sesuatu, maka yakinlah bahawa anda mampu melakukannya!

No comments:

Post a Comment