09 March 2010

Belajar Bahasa Bangla


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.Kat sini saya nak kongsikan kepada anda cara nak paham maksud dan sebut bahasa Bangladesh dengan betul. Yela benda ni mungkin tak seberapa tapi harus dikongsikan bersama.
Semua makna dan sebutan di dalam kamus ringkas ni bukanlah diambil daripada mana-mana kamus atau pihak yang professional. Cuma dipelajari secara langsung oleh saya sendiri dengan beberapa pihak. Jadi sekiranya ada kesilapan ejaan atau sebutan maka ianya tidak disengajakan.Tq.

KAMUS BANGLA - MELAYU

PERKATAAN HARIAN

Kaiso = sudah makan
Kaisi = sudah
Ami = saya
Tumi = awak
Jan’nena = tidak faham
Namaz = solat
Cigarette = rokok
Gonobad = terima kasih
Se’ lai = jahit
Shat = baju
Genji = t-shirt
Kemonaso = sihat
Kamanoso = apa khabar
Panni = air
Baba/Abba = bapa
Kaka = pak cik
Bayya = abang
Amma = ibu
Nana = nenek
Neta’k = datuk
Butc’ho = faham
Mittu = mati
Badh = nasi
Pagal = gila
Murugi = ayam
Mach = ikan
Manchor = lembu
Karlses = sudah siap/selesai
Shuta = benang
Koti = hilang
Taka/kora = duit
Betton = gaji
Rakkora = marah
Rakkurina = tak marah
Karap = jahat
Sele = lelaki
Mei = perempuan
Chata = payung
Dawat = jemput/undang
Dewak = bayar
Kata = potong
Gram = kampung
Shompuna = lipat
Eshehsi/Tekeeshesi = balik
Kawaisi/kawaiso = belanja
Pants = seluar
Boish = umur
Oshuso = sakit
Jamainaka = simpan
Patkormu = masak
Gosol = mandi
Prosyikon = latihan/trainning
Syai Joggor = tolong
Tumarnamki = nama
Bondhu = kawan
Asyoff = masuk
Shohos = senang
Darr = pinjam
Bisti = hujan
Ghum Nidda = tidur
Balobashi = suka
Balobashina = tak suka
Balowaso = apa khabar
Balowashi = ada baik
Balonai = kurang baik
Darr = pinjam
Map = minta
Purishka = basuh
Kanda = sejuk
Gorom = panas
Bisti = hujan
Shonda = malam
Shondo = jangan
Hubbalo = sangat cantik
Lekar Pora = tulis
Koti = hilang
Mosjed = masjid
Noster = rosak
Asya = mari
Boi = buku
Bull = lupa
Suwar = babi
Hasyi = senyum
Baihuwejo = keluar
Wikane = sana
Ekane = sini
Juq = moden
Upuha = percuma
Narikel = kelapa
Pottaka = bendera
Marka = Gambar

NOMBOR
Ex = Satu
Dui = dua
Tin = tiga
Chai = empat
Pass = lima
Choi = enam
Shad = tujuh
Ard = lapan
Loi = Sembilan
Dosh = sepuluh

AYAT-AYAT RINGKAS
Amnehi Jamta = faham sedikit sahaja
Ami Tumake Balobashi = saya cintakan awak
Ami Tumake Balobashina = saya tidak cintakan awak
Amar Montabaluna = hati saya susah
Ami Kait = saya makan
Ami Cigarette Pan Kurina = saya tidak merokok
Ami Bolegasi Bull = saya sudah lupa
Hala Bai Hala = “ Apalah kamu ni ! ”

Istilah Berpolitik

• IDP (Internally Displace Person) = Orang yang dipaksa keluar daripada negara mereka
• Initial Contact = Hubungan awal/permulaan yang diwujudkan antara pihak yang
berkonflik.
• MNLF = Moro National Liberation Front (Nur Misuari)
• MILF = Moro Islamic Liberation Front (Hasim Selamat)
• ASG = Abu Sayyaf Group (Abu Sayyaf)
• Political Will = Keinginan secara politik
• High Level Suspicion = Perasaan syak wasangka yang tinggi
• Symmetric = Sama seimbang/sama kuat
• Asymmetric = Satu pihak lebih kuat
• Impartial = Adil/tidak berat sebelah
• GRP = Government Republic of Philippines
• IMT = International Monitoring Team (pasukan pengawasan antarabangsa)
• Khmer = Bangsa Khmer
• Rouge = Warna merah (perancis) komunis
• Facilitation = Fasilitator menerima cadangan/kepentingan semua pihak dan digabung
• Mediation = Orang tengah (sukarela) merangsang suasana yang menggalakkan
perdamaian.
• Negotiation = Perundingan melibatkan dua atau lebih pihak.
• Arbitration = Seorang yang (dilantik) untuk selesaikan konflik.
• Peacemaker = Pasukan pengaman
• Adjudifikasi = Proses formal menyelesaikan konflik di makhamah
• Conciliation = Pihak ketiga yang mencadangkan pendekatan-pendekatan kepada
pihak A untuk membantu pihak B memahami kepentingan pihak A
ataupun berdiplomasi.
• Caucus = mesyuarat/perjumpaan persendirian/peribadi antara pihak mediator
dengan pihak yang berkonflik secara berasingan.
• Conflict Mapping = Pemetaan konflik (framework)
• Solidarity = Perpaduan
• Tribe/Tribal = Suku/puak/kabilah
• Ethnic Cleansing = Pembersihan etnik
• Genocide = Penghapusan/pembunuhan beramai-ramai
• Final Border = Paling akhir
• Boundary = Sempadan
• MoU = Memorandum of Understanding (perjanjian persefahaman)
• Speaker = Pengerusi/Pengetua Dewan
• Rule of Debate = Peraturan debat dewan rakyat/dewan negara (perkara 46. 1,2,3,4)
• Konstituensi/Constitution = Kawasan pengundian/kawasan pilihanraya
• Participate = Penyertaan
• PEMILU = Pemilihan Umum (Indonesia)
• PRU = Pilihanraya Umum (Malaysia)
• NASAKOM = Nasionalisme, Agama, Komunisme
• PancaSila (Lima Tiang)
• SPR = Suruhanjaya Pilihanraya
• Human Right = Hak asasi manusia
• Politician = Ahli politik/ orang yang pandai berpolitik
• Manifesto = Pengistiharan
• Check and Balance = Semak dan Imbang (memperbaiki kelemahan)
• Responsibility = Tanggungjawab
• Accountability = Pertanggungjawaban
• Nepotisme = Pemberian jawatan kepada saudara-saudara/dasar pilih kasih
• Kronisme = Koncu-koncu/sahabat karib
• Corruption/Korupsi = Rasuah
• Bribery = Penyuapan
• Bribe = Sogokan/wang tumbuk rusuk
• Inner Peace = Keamanan/kedamaian nurani
• Head of State = Ketua negara/negeri (raja)
• Revolution/Revolusi = Pemberontakan
• Guerilla Warfare = Peperangan gerila
• Social Contract = Kontrak sosial/persetujuan rakyat untuk diperintah
• Civil Society = Masyarakat sivil
• Nation = Negara/bangsa
• Ceasefire = Gencatan senjata
• Status-Quo = Seperti mana keadaan asal
• Popular Sovereignty = Rakyat adalah punca kuasa kerajaan
• Makkal Sakti = Kuasa rakyat
• Equality = Kesamaan
• Federal Government = Kerajaan persekutuan/kerajaan pusat
• State Government = Kerajaan negeri
• Local Government = Kerajaan tempatan (daerah/bandar/pekan/pedalaman)
• Representative = Perwakilan
• HDI = Human Development Indicator (dikeluarkan UNDP)
• Kow Tow = Menundukkan kepala
• Bupati = Wakil/pemangku raja (Indonesia)
• Pakikisama = Hutang budi (Filipina)
•Zero Sum Games = Satu pihak menang satu pihak lagi kalah dan tidak dapat
apa yang diinginkan.
• Standing Order = Buku yang menjadi panduan di Parlimen
• Pemindahan Pengundi = Pengundi Hantu
• Coup De’Etat = Rampasan Kuasa

01 July 2009

Keindahan Tasik Kenyir

Kepada sesiapa yang gemarkan aktiviti riadah seperti memancing dan
berkelah bolehlah mengunjungi Tasik Kenyir. Lokasinya terletak kat
area Kuala Terengganu dan pengunjung akan disajikan dengan panorama
yang indah beserta landskap tasik buatan yang sejuk mata memandang.
Macam-macam aktiviti selain memancing yang boleh anda lakukan seperti
berkhemah,mandi air terjun,ke pulau herba, menginap di chalet atau
resort di pulau pulau kecil sekitar Tasik Kenyir dam pelbagai lagi
aktiviti.Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia antara yang terbesar
kat Malaysia dan terdapat sebuah empangan hidroelektrik kat situ juga
yang dikenali sebagai empangan hidroelektrik Sultan Mahmud.

Anda boleh menyewa rumah bot yang dilengkapi dengan tempat tidur,
dapur, tandas, tempat solat dan sebagainya.Paling best anda
tak akan bosan sebab setiap rumah bot dilengkapi dengan TV
(Astro pun ada). Ada rumah bot yang dilengkapi dengan set karaoke
dan hawa dingin tapi sewanya ada yang mencecah lebih kurang RM2000
untuk satu malam.Perlu diingatkan bahawa harga rumah bot berbeza
mengikut kelengkapan yang ada pada rumah bot tersebut. Untuk harga
biasa ada yang bermula dengan RM800 untuk satu malam. Kalau pergi
3H 2M taklah mahal sangat kalau pergi ramai-ramai.











17 February 2009

Kelebihan Akar Kayu

(Tribute for Saroji Hadimedjo) Pengamal Perubatan Tradisional
Misai Ali

o Daunnya berbentuk seakan daun sirih
o Tumbuh berkelompok
o Daunnya mempunyai tiga urat sahaja
o Untuk kekuatan tenaga dalaman

Mayang sisik

o Daunnya menyerupai daun petai
o Mempunyai akar yang panjang
o Kelebihannya untuk merawat kulit bersisik

Medang Sarsi

o Kayunya atau akarnya berbau Sarsi
o Kegunaan untuk membuang angin dalam badan & melegakan masalah sakit urat dalaman.

Tongkat Ali

o Mempunyai pelbagai nama lain seperti Pasak Bumi, Penawar Pahit &
Daun Tujuh Lapis.
o Daunnya kecil & lurus serta kurang urat-urat halus
o Seakan akan daun belimbing
o Kegunaan untuk tenaga lelaki

Moyan Panas

o Kelihatan seakan–akan ginseng
o Kegunaan wanita bersalin, sakit urat dan sendi.

Rempah Gunung

o Daunnya kecil dan panjang serta berbau daun limau purut
o Tumbuh di kawasan lereng dan paya
o Untuk kegunaan memudahkan penghadaman dan membuang angin dalam badan.

Kembang Setahun/ Penugas

o Berbatang kecil & agak lurus serta mempunyai banyak urat.
o Atas daunnya licin manakala bawahnya berbulu.
o Tujuan memelihara urat.

Kacip Fatimah (Kacip Fatimah Boleh)

o Daunnya besar dan tirus
o Tumbuh berdekatan paya dan hidup berkelompok
o Untuk kegunaan wanita.

Pokok Senduduk

o Buahnya berwarna ungu
o Bunganya berwarna putih dan hanya tumbuh sekali
o Cara guna ialah dengan merebus akar dan daunnya
o Kegunaan untuk merawat senggugut masa datang haid

Ubi Jaga

o Daunnya seakan-akan sirih (lebar lebih kurang dua jari)
o Berbatang halus dan hidup menjalar
o Ubinya berada dalam tanah
o Mempunyai dua jenis iaitu hitam dan putih
o Buahnya yang paling berkhasiat
o Untuk kegunaan tenaga batin lelaki ( tukang bangun)

Daun ketum

o Hidup di kawasan paya
o Kegunaan sebagai penahan sakit atau pain killer.

Duri Semalu

o Akarnya direbus
o Kegunaan untuk berak berdarah.

Duit Seringgit




Keunikan
1.Korang terkejut sebab pertama kali nampak duit ni seumur hidup.
2.Nombor siri unik (L/4 848843)
3.No siri (serial number) melintang (No Siri duit sekarang melintang dan menegak)
4.Matawang diinilai dengan $1 (sekarang RM1)
5.Perkataan Gabenor dieja dengan tulisan “Gabenur” (he,he nampak sangat duit ni lama).
6.No Siri dicetak di depan (No Siri duit RM1 sekarang dicetak di belakang).
7.Nama Gabenor Bank Negara pada masa duit ni dikeluarkan adalah Ismail Md. Ali.
8.Kalau korang perhatikan betul-betul kat belakang duit nie (bawah/tengah) ada tertera perkataan “BRADBURY, WILKINSON & CO LO NEW MALDEN, SURREY, ENGLAND”.
9.Ini bermakna duit nie dicetak kat England..tapi ingat duit ni bukan duit zaman Jepun tau. Duit nie wujud sebelum duit seringgit lama yang korang selalu simpan tue.

51 Dalil Anwar Jadi PM (by Elias Haji Idris)


” Ini Dia Rajawali, Wira Rakyat Malaysia...Datuk Seri Anwar Ibrahim”
- Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, MB Selangor -
”Datuk Seri Anwar Ibrahim Cukup Komited dan Yakin Dengan Perjuangan Menegakkan Keadilan Di Malaysia”
- Dato Seri Ir Hj Mohd Nizar Jamaluddin, MB Perak –
” DSAI Merupakan Penggerak Utama Kepada Peralihan Suasana Politik Baru Di Malaysia”
- Norhelmi, Blogger –

Selepas membaca dan menilai isi kandungan buku ini saya amat bersetuju dengan dalil dan hujah yang diberikan oleh penulis. Sememangnya DSAI merupakan Reformis dan pemimpin Melayu Islam yang tulen. DSAI mempunyai perancangan dan agendanya yang sukar diramal.Pemikirannya agak berbeza dengan mana-mana pemimpin parti politik baik UMNO mahupun PAS. DSAI bingkas bangun mengatur gerak langkah terus maju ke depan mengekang kemaraan musuh-musuhnya. SYABAS DSAI !