17 February 2009

Kelebihan Akar Kayu

(Tribute for Saroji Hadimedjo) Pengamal Perubatan Tradisional
Misai Ali

o Daunnya berbentuk seakan daun sirih
o Tumbuh berkelompok
o Daunnya mempunyai tiga urat sahaja
o Untuk kekuatan tenaga dalaman

Mayang sisik

o Daunnya menyerupai daun petai
o Mempunyai akar yang panjang
o Kelebihannya untuk merawat kulit bersisik

Medang Sarsi

o Kayunya atau akarnya berbau Sarsi
o Kegunaan untuk membuang angin dalam badan & melegakan masalah sakit urat dalaman.

Tongkat Ali

o Mempunyai pelbagai nama lain seperti Pasak Bumi, Penawar Pahit &
Daun Tujuh Lapis.
o Daunnya kecil & lurus serta kurang urat-urat halus
o Seakan akan daun belimbing
o Kegunaan untuk tenaga lelaki

Moyan Panas

o Kelihatan seakan–akan ginseng
o Kegunaan wanita bersalin, sakit urat dan sendi.

Rempah Gunung

o Daunnya kecil dan panjang serta berbau daun limau purut
o Tumbuh di kawasan lereng dan paya
o Untuk kegunaan memudahkan penghadaman dan membuang angin dalam badan.

Kembang Setahun/ Penugas

o Berbatang kecil & agak lurus serta mempunyai banyak urat.
o Atas daunnya licin manakala bawahnya berbulu.
o Tujuan memelihara urat.

Kacip Fatimah (Kacip Fatimah Boleh)

o Daunnya besar dan tirus
o Tumbuh berdekatan paya dan hidup berkelompok
o Untuk kegunaan wanita.

Pokok Senduduk

o Buahnya berwarna ungu
o Bunganya berwarna putih dan hanya tumbuh sekali
o Cara guna ialah dengan merebus akar dan daunnya
o Kegunaan untuk merawat senggugut masa datang haid

Ubi Jaga

o Daunnya seakan-akan sirih (lebar lebih kurang dua jari)
o Berbatang halus dan hidup menjalar
o Ubinya berada dalam tanah
o Mempunyai dua jenis iaitu hitam dan putih
o Buahnya yang paling berkhasiat
o Untuk kegunaan tenaga batin lelaki ( tukang bangun)

Daun ketum

o Hidup di kawasan paya
o Kegunaan sebagai penahan sakit atau pain killer.

Duri Semalu

o Akarnya direbus
o Kegunaan untuk berak berdarah.

Duit Seringgit




Keunikan
1.Korang terkejut sebab pertama kali nampak duit ni seumur hidup.
2.Nombor siri unik (L/4 848843)
3.No siri (serial number) melintang (No Siri duit sekarang melintang dan menegak)
4.Matawang diinilai dengan $1 (sekarang RM1)
5.Perkataan Gabenor dieja dengan tulisan “Gabenur” (he,he nampak sangat duit ni lama).
6.No Siri dicetak di depan (No Siri duit RM1 sekarang dicetak di belakang).
7.Nama Gabenor Bank Negara pada masa duit ni dikeluarkan adalah Ismail Md. Ali.
8.Kalau korang perhatikan betul-betul kat belakang duit nie (bawah/tengah) ada tertera perkataan “BRADBURY, WILKINSON & CO LO NEW MALDEN, SURREY, ENGLAND”.
9.Ini bermakna duit nie dicetak kat England..tapi ingat duit ni bukan duit zaman Jepun tau. Duit nie wujud sebelum duit seringgit lama yang korang selalu simpan tue.

51 Dalil Anwar Jadi PM (by Elias Haji Idris)


” Ini Dia Rajawali, Wira Rakyat Malaysia...Datuk Seri Anwar Ibrahim”
- Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, MB Selangor -
”Datuk Seri Anwar Ibrahim Cukup Komited dan Yakin Dengan Perjuangan Menegakkan Keadilan Di Malaysia”
- Dato Seri Ir Hj Mohd Nizar Jamaluddin, MB Perak –
” DSAI Merupakan Penggerak Utama Kepada Peralihan Suasana Politik Baru Di Malaysia”
- Norhelmi, Blogger –

Selepas membaca dan menilai isi kandungan buku ini saya amat bersetuju dengan dalil dan hujah yang diberikan oleh penulis. Sememangnya DSAI merupakan Reformis dan pemimpin Melayu Islam yang tulen. DSAI mempunyai perancangan dan agendanya yang sukar diramal.Pemikirannya agak berbeza dengan mana-mana pemimpin parti politik baik UMNO mahupun PAS. DSAI bingkas bangun mengatur gerak langkah terus maju ke depan mengekang kemaraan musuh-musuhnya. SYABAS DSAI !

Reaching For The Stars (by Sheikh Mustapha Shukor Al-Masrie)



















” Kamulah peminatku yang nombor 1, kamu sentiasa percaya pada kebolehanku, perjalananku ke angkasa satu penghormatan buatmu, Ajil.”

Dr Sheikh Muszaphar Shukor
First Malaysian Angkasawan

Isi kandungan buku ini cukup sarat dengan nilai-nilai kasih sayang antara adik beradik, keakraban antara allahyarham Ajil dengan Dr Mus (Amus) sememangnya sangat terserlah. Pemergian Ajil ke rahmatullah seakan telah ditakdirkan dan dirancang oleh Allah S.W.T. Tatkala seluruh rakyat Malaysia bergembira dengan kejayaan Dr Mus sampai ke ISS, keluarga Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor dan Datin Zuraidah Sheikh Ahmad telah sekali lagi diuji dengan kematian anak mereka.
Betapa hubungan erat antara adik beradik serta dorongan yang tidak berbelah bahagi daripada ahli keluarga merupakan kunci kejayaan seseorang individu. Sesungguhnya kejayaan seseorang itu bermula daripada rumah.
Buku ini boleh dijadikan inspirasi kepada mereka yang inginkan berjaya dalam meneruskan cita-cita yang diimpikan. Janganlah berputus asa dengan cabaran yang mendatang. Sekiranya anda rasa anda boleh lakukan sesuatu, maka yakinlah bahawa anda mampu melakukannya!

Cerita Saya (by Mendiang Lim Goh Tong)



Pertama kali sewaktu singgah di BORDERS (Kedai Buku) di Queensbay Mall hati saya mula terdetik untuk memiliki buku ini. Hati saya begitu teruja untuk mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan isi kandungannya. Berkali-kali saya membelek buku ini. Selepas membaca buku autobiografi ini, saya berasa bertuah kerana menjadi orang yang terpilih untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan sejarah hidup dan perjuangan Tan Sri Lim Goh Tong.
Buku ini menceritakan lakaran sejarah yang ditempuhi oleh Lim Goh Tong yang berasal dari wilayah Anxi di negara China.Peperangan dan kemiskinan telah membawanya berhijrah ke Tanah Melayu untuk mencari sesuap nasi. Daripada seorang pemuda yang pendiam, pemalu, dan tidak mempunyai keyakinan diri beliau mula mengorak langkah untuk berani menceburkan diri dalam bidang perniagaan, kontraktor, perhotelan, dan bermacam-macam lagi perniagaan. Lim Goh Tong adalah Taikun mahupun Old Timer dalam bidang perniagaan di negara kita.
Pembukaan Kasino di Genting Highland (Gunung Ulu Kali) pada dasarnya untuk mengekang kegiatan perjudian haram, disamping atas faktor keselamatan kerana hanya ada satu jalan masuk ke kawasan itu. Maka Tunku Abdul Rahman dan Kabinetnya pada ketika itu telah menawarkan lesen Kasino kepada Lim Goh Tong. Tujuan lain adalah kerana untuk mempercepatkan industri pelancongan negara.
Banyak yang boleh anda pelajari daripada buku ini. Bacalah buku ini dengan hati dan pemikiran yang terbuka.