17 February 2009

Cerita Saya (by Mendiang Lim Goh Tong)



Pertama kali sewaktu singgah di BORDERS (Kedai Buku) di Queensbay Mall hati saya mula terdetik untuk memiliki buku ini. Hati saya begitu teruja untuk mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan isi kandungannya. Berkali-kali saya membelek buku ini. Selepas membaca buku autobiografi ini, saya berasa bertuah kerana menjadi orang yang terpilih untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan sejarah hidup dan perjuangan Tan Sri Lim Goh Tong.
Buku ini menceritakan lakaran sejarah yang ditempuhi oleh Lim Goh Tong yang berasal dari wilayah Anxi di negara China.Peperangan dan kemiskinan telah membawanya berhijrah ke Tanah Melayu untuk mencari sesuap nasi. Daripada seorang pemuda yang pendiam, pemalu, dan tidak mempunyai keyakinan diri beliau mula mengorak langkah untuk berani menceburkan diri dalam bidang perniagaan, kontraktor, perhotelan, dan bermacam-macam lagi perniagaan. Lim Goh Tong adalah Taikun mahupun Old Timer dalam bidang perniagaan di negara kita.
Pembukaan Kasino di Genting Highland (Gunung Ulu Kali) pada dasarnya untuk mengekang kegiatan perjudian haram, disamping atas faktor keselamatan kerana hanya ada satu jalan masuk ke kawasan itu. Maka Tunku Abdul Rahman dan Kabinetnya pada ketika itu telah menawarkan lesen Kasino kepada Lim Goh Tong. Tujuan lain adalah kerana untuk mempercepatkan industri pelancongan negara.
Banyak yang boleh anda pelajari daripada buku ini. Bacalah buku ini dengan hati dan pemikiran yang terbuka.

1 comment:

  1. wow..great.smlm pergi BORDERS times square x de pon.uhu

    ReplyDelete