01 July 2009

Keindahan Tasik Kenyir

Kepada sesiapa yang gemarkan aktiviti riadah seperti memancing dan
berkelah bolehlah mengunjungi Tasik Kenyir. Lokasinya terletak kat
area Kuala Terengganu dan pengunjung akan disajikan dengan panorama
yang indah beserta landskap tasik buatan yang sejuk mata memandang.
Macam-macam aktiviti selain memancing yang boleh anda lakukan seperti
berkhemah,mandi air terjun,ke pulau herba, menginap di chalet atau
resort di pulau pulau kecil sekitar Tasik Kenyir dam pelbagai lagi
aktiviti.Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia antara yang terbesar
kat Malaysia dan terdapat sebuah empangan hidroelektrik kat situ juga
yang dikenali sebagai empangan hidroelektrik Sultan Mahmud.

Anda boleh menyewa rumah bot yang dilengkapi dengan tempat tidur,
dapur, tandas, tempat solat dan sebagainya.Paling best anda
tak akan bosan sebab setiap rumah bot dilengkapi dengan TV
(Astro pun ada). Ada rumah bot yang dilengkapi dengan set karaoke
dan hawa dingin tapi sewanya ada yang mencecah lebih kurang RM2000
untuk satu malam.Perlu diingatkan bahawa harga rumah bot berbeza
mengikut kelengkapan yang ada pada rumah bot tersebut. Untuk harga
biasa ada yang bermula dengan RM800 untuk satu malam. Kalau pergi
3H 2M taklah mahal sangat kalau pergi ramai-ramai.